b Anem Hairuddin: KEPENTINGAN DAN KHASIAT VITAMIN C SHAKLEE

KEPENTINGAN DAN KHASIAT VITAMIN C SHAKLEE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sempena Promo VITAMIN C pada bulan nie, Anem nak cerita dekat anda semua tentang kepentingan serta khasiat Vitamin C nie..





Seperti yang anda sedia maklum, tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain. 

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anda yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.


Antara MANFAAT UTAMA pengambilan Vitamin C:

1. Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser
Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat
Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



Kekurangan berterusan Vitamin C akan menyebabkan anda mengalami beberapa jenis penyakit atau simptom:
  • Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian-bahagian badan.
  • Gusi berdarah dan tidak kuat.
  • Tulang menjadi kurang stabil kerana perubahan-perubahan yang terjadi pada tulang rawan yang menyokong tulang-tulang biasa.
  • Tisu jantung rosak.
  • Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium.
  • Penambahan kadar metabolisma berlaku.

Siapa yang memerlukan Vitamin C?
  • Perokok
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vitamin C dan mengakibatkan pengurangan Vitamin C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vitamin C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan. 


Sebarang order dan pertanyaan, boleh whatsapp Anem terus..In shaa Allah Anem akan bagi BEST PRICE dan BEST CONSULTATION after purchased pada anda semua..
.
Your Shaklee Independent Distributor
Anem Hairuddin
+6010-8923133
No comments:
Post a Comment

♥ Copyright © Anem Hairuddin | All Rights Reserved >| Design by Pawona Kreatif