b Anem Hairuddin: November 2015

PANDUAN DAN TIPS DALAM PENGAMBILAN VITAMIN ATAU SUPPLEMENT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Untuk hari nie, Anem nak share beberapa PANDUAN DAN TIPS sewaktu kita amalkan Vitamin atau Supplement..Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang terlepas pandang atau langsung tidak tahu akan tips-tips..Moga apa yang Anem share ini memberi manfaat buat semua.. =)




Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor : 

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. 




2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.






3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.





4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan. 




5. Pantang larang makan vitamin.

- Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. 

-Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. 

- Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti berikut,


  • Pesakit SLE: Alfalfa
  • Pesakit talasemia: Vita-Lea
  • Pesakit Hipertiroid: Vita-Lea
  • Pesakit Hipotiroid: ESP
  • Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotomax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin / Supplement yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin / supplement yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
  • Ibu Menyusu: Cinch disarankan agar diganti dengan ESP kerana kandungan kalori yang rendah di dalam Cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu-ibu yang menyusu dan Vivix.


TIPS UNTUK IBU MENYUSU

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!
Sebarang order dan pertanyaan, boleh whatsapp Anem terus..In shaa Allah Anem akan bagi BEST PRICE dan BEST CONSULTATION after purchased pada anda semua..

Your Shaklee Independent Distributor
Anem Hairuddin
+6010-8923133

KEPENTINGAN DAN KHASIAT VITAMIN C SHAKLEE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sempena Promo VITAMIN C pada bulan nie, Anem nak cerita dekat anda semua tentang kepentingan serta khasiat Vitamin C nie..





Seperti yang anda sedia maklum, tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain. 

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anda yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.


Antara MANFAAT UTAMA pengambilan Vitamin C:

1. Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser
Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat
Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



Kekurangan berterusan Vitamin C akan menyebabkan anda mengalami beberapa jenis penyakit atau simptom:
  • Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian-bahagian badan.
  • Gusi berdarah dan tidak kuat.
  • Tulang menjadi kurang stabil kerana perubahan-perubahan yang terjadi pada tulang rawan yang menyokong tulang-tulang biasa.
  • Tisu jantung rosak.
  • Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium.
  • Penambahan kadar metabolisma berlaku.

Siapa yang memerlukan Vitamin C?
  • Perokok
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vitamin C dan mengakibatkan pengurangan Vitamin C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vitamin C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan. 


Sebarang order dan pertanyaan, boleh whatsapp Anem terus..In shaa Allah Anem akan bagi BEST PRICE dan BEST CONSULTATION after purchased pada anda semua..
.
Your Shaklee Independent Distributor
Anem Hairuddin
+6010-8923133

Perbezaan Vitamin Shaklee Dengan Vitamin Lain Di Luar Sana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apabila ada pelanggan yang ingin membeli atau bertanya mengenai suplemen Shaklee, pasti salah satu soalan mereka lebih berkaitan antara perbezaan Shaklee dengan vitamin jenama lain dan kenapa vitamin ini ada yang terlalu mahal. Jawapan saya mudah sahaja. Memang Vitamin Shaklee berbeza dengan vitamin lain di farmasi sebab vitamin Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Vitamin di farmasi atau pasaran luar adalah vitamin sintetik.

Apa pula beza vitamin semulajadi dengan sintetik ini? Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin natural.







Penghasilan dan Kandungan Vitamin

Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.




Kandungan Omega Guard yang penuh dengan zat galian berbanding vitamin lain.

Keserasian dengan badan
 
Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.


Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Kebanyakan vitamin sintetik memberi kesan yang kurang bermanfaat, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

 

Harga
 
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan semulajadi yang kebanyakannya memerlukan kos bahan yang lebih tinggi. Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.



Kesan kepada tubuh badan

Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.



Kesan jangka panjang
 
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.



Vitamin C yang terhasil dari sumber semulajadi mampu melawan penyakit kritikal

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Secara fizikalnya, macam mana hendak bezakan antara vitamin semulajadi atau vitamin sintetik ? Senang sahaja, anda cuma perlu lihat ke dalam botol, vitamin sintetik dalam botol ada SILICA GEL.

Sebarang order dan pertanyaan, boleh whatsapp Anem terus..In shaa Allah Anem akan bagi BEST PRICE dan BEST CONSULTATION after purchased pada anda semua..
.
Your Shaklee Independent Distributor
Anem Hairuddin
+6010-8923133






♥ Copyright © Anem Hairuddin | All Rights Reserved >| Design by Pawona Kreatif